KUALA PILAH: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bertitah supaya masyarakat menolak elemen negatif yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian bagi memastikan kestabilan moral dan sosial mengikut nilai agama dapat terus diperkuatkan.
Baginda bertitah rakyat perlu berusaha untuk mengenali dan memahami adat serta budaya berbilang kaum di Malaysia bagi menjamin kesejahteraan khususnya di Negeri Sembilan.
"Oleh itu, beta menyeru kepada semua rakyat untuk mempertingkatkan tali persahabatan dan percampuran dalam kalangan masyarakat majmuk melalui pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, sukan dan kunjungan rumah terbuka.
"Ia akan memastikan semangat kebersamaan antara kita sentiasa teguh dan seterusnya mengekalkan perpaduan dan keharmonian," titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat bersempena Hari Keputeraan ke-76 baginda di Istana Besar Seri Menanti, di sini.hari ini.
Turut berangkat ke majlis itu, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Baginda bertitah kesejahteraan rakyat juga ditentukan oleh pencapaian ekonomi negeri dan pada masa ini, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan jumlah kutipan hasil negeri adalah amat membanggakan.
Sehubungan itu, bagi mengekalkan prestasi itu, Tuanku Muhriz berharap kerajaan negeri meneruskan perancangan Pelan Tindakan Khusus Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021-2025 yang merupakan perancangan terkini kerajaan dalam menangani isu ekonomi semasa di negeri ini.
Dalam pada itu, baginda mahu agar rakyat bersedia menghadapi sebarang perubahan sama ada dari segi ekonomi, sosial mahupun iklim dunia dan yakin penduduk di negeri ini cekal serta bersemangat mendepani cabaran mendatang.
"Beta disembah maklum bahawa kerajaan beta telah membuat persediaan dengan mengukuhkan pengurusan kerajaan melalui inovasi dalam pentadbiran dan mengaplikasi teknologi terbaharu selain merencana program tertentu bertujuan membantu rakyat membuat persediaan menghadapi ketidaktentuan ini," titah baginda.
Selain itu, Tuanku Muhriz turut mengingatkan institusi awam untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian dan pengurusan kerajaan dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.
Dalam titah itu juga, Tuanku Muhriz turut menzahirkan sokongan perjuangan rakyat Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin serta menyeru rakyat bersama-sama memberi sokongan termasuk menyumbang kepada Tabung Prihatin Palestin Kerajaan Negeri Sembilan.
Baginda turut mengucapkan tahniah kepada kesemua penerima pingat dan bintang kebesaran dan mengingatkan supaya memelihara kurniaan yang diberikan kerana ia mencerminkan martabat dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.
"Kurniaan ini adalah sebagai satu tanda penghargaan atas jasa dan bakti kepada beta, kerajaan beta dan Negeri Sembilan. Justeru, para penerima mempunyai amanah dalam menjaga kemuliaan dan pengiktirafan ini dengan memastikan imej, tatasusila, tingkah laku dan keperibadian masing-masing sentiasa terpelihara," titah baginda.
Seramai 473 individu menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan baginda yang diadakan pada tiga sesi bermula hari ini dengan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun mendahului senarai penerima.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024
Tuanku Muhriz turut mengingatkan institusi awam untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian dan pengurusan kerajaan dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat. - Gambar/ Bernama
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang gagal bayar tunggakan gaji, berdepan pendakwaan
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor, didapati masih tidak membuat sebarang pembayaran gaji.
MediaTek umum cip Dimensity 8250 dengan teknologi 4nm
Dimensity 8250 dilengkapi lapan teras CPU dengan konfigurasi 1 x Arm Cortex-A78 3.1GHz, 3 x Arm Cortex-A78 3.0GHz dan 4 x Arm Cortex-A55 2.0GHz.
Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
Xi berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran.
Serangan balai polis Ulu Tiram: Bedah siasat dua mangsa, suspek sedang dijalankan
Tinjauan mendapati laluan serta pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI dikawal ketat anggota polis.
Empat individu termasuk wanita Vietnam ditahan terlibat sindiket pinjaman tanpa lesen
Selain wanita warga asing, turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 22 hingga 34 tahun.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi
Orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Jemaah Islamiyah ancaman utama keselamatan Asia Tenggara
JI terkenal kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas besar di rantau ini, termasuk pengeboman kelab malam Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa, kebanyakannya pelancong asing.
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
Tolak elemen negatif bagi jamin kesejahteraan rakyat - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bertitah supaya masyarakat menolak elemen negatif yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian.
Utamakan khidmat kepada rakyat berbanding kepentingan politik, peribadi - Tuanku Muhriz
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengingatkan semua wakil rakyat yang memenangi pilihan raya negeri (PRN) supaya mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat berbanding kepentingan politik atau peribadi.
Tuanku Muhriz cadang PM tidak lagi terbabit lantik ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Pada masa kini, empat ahli JAC merupakan hakim yang sedang memegang jawatan terkanan manakala lima lagi ahlinya merupakan individu dilantik oleh Perdana Menteri.
Tuanku Muhriz berkenan lancar lagu identiti Negeri Sembilan
Lagu Identiti Negeri Sembilan merupakan projek kerajaan negeri bagi memastikan Negeri Sembilan mempunyai satu identiti khas dalam bentuk lagu.
Pakar pelbagai bidang harus rangka program khas pascabencana - Tuanku Muhriz
Baginda bertitah ini kerana bencana dan musibah yang melanda menyebabkan perubahan luar biasa berlaku secara mendadak.
Seremban, dulu kawasan bijih timah kini bandar raya
Petempatan awal masyarakat di Negeri Sembilan adalah di Sungai Ujong, yang mula dibuka pada 1773, iaitu 247 tahun dahulu.
Pemegang tampuk kuasa perlu ikhlas pertahan kebebasan institusi - Tuanku Muhriz
Baginda juga percaya Rukun Negara adalah penyelesaian holistik terhadap masalah yang dihadapi ketika ini dan menitahkan agar rakyat dan pemimpin berpegang teguh kepada prinsip tersebut.